Thursday, 21 May 2020

Percutian ke Tanah Tinggi Cameron

Assalamualaikum rakan-rakan!
Ini merupakan blog saya untuk menceritakan tentang pengalaman saya semasa bercuti ke Tanah Tinggi Cameron .Memandangkan ini merupakan blog tentang diri saya,jadi saya ingin memperkenalkan diri terlebih dahulu.Nama diberi Marsya Binti Mudri dan Marsya menjadi nama panggilan.Seperti yang kita sedia maklum,Tanah Tinggi Cameron merupakan tenpat yang tidak asing lagi dari industri pelancongan di Malaysia.Selain dapat menarik perhatian para pelancong di dalam negara,ia juga berjaya menarik perhatian pelancong dari luar .

Pada jam 10 malam,saya dan keluarga bertolak dari Pontian dan tiba di Tanah Tinggi Cameron pada jam 6.30 pagi.Kami singgah di sebuah masjid di Brinchang untuk menunaikan solat fardhu subuh.Setelah itu,kami bersarapan di sebuah restoran yang terletak berhampiran.