Ini merupakan blog saya untuk menceritakan tentang pengalaman saya semasa bercuti ke Tanah Tinggi Cameron .Memandangkan ini merupakan blog tentang diri saya,jadi saya ingin memperkenalkan diri terlebih dahulu.Nama diberi Marsya Binti Mudri dan Marsya menjadi nama panggilan.Seperti yang kita sedia maklum,Tanah Tinggi Cameron merupakan tenpat yang tidak asing lagi dari industri pelancongan di Malaysia.Selain dapat menarik perhatian para pelancong di dalam negara,ia juga berjaya menarik perhatian pelancong dari luar .
Pada jam 10 malam,saya dan keluarga bertolak dari Pontian dan tiba di Tanah Tinggi Cameron pada jam 6.30 pagi.Kami singgah di sebuah masjid di Brinchang untuk menunaikan solat fardhu subuh.Setelah itu,kami bersarapan di sebuah restoran yang terletak berhampiran.
Destinasi pertama kami merupakan Lavender Cameron.Ini merupakan tempat yang paling sesuai jika anda merupakan seseorang yang amat mencintai pelbagai jenis hidupan flora.Juga terdapat pelbagai aksesori dijual disini seperti rantai kunci,anak patung,alat penjagaan kulit dan haruman yang berasaskan lavendar.Tempat ini juga mempunyai sebuah kafe dan deretan kedai yang menjual cenderahati dan harga yang ditawarkan amat berpatutan.
Destinasi kedua pula merupakan sebuah ladang strawberi.Kami berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman memetik buah strawberi.Ini merupakan perkara yang amat menarik dan sukar untuk didapati.Terdapat juga barangan makan yang dijual di situ seperti kordial,ais krim dan pelbagai lagi makanan yang berasaskan strawberi.Selain rasanya yang sangat sedap,strawberi juga diperkaya dengan seribu satu khasiat yang dapat diperoleh.

Destinasi seterusnya ini merupakan ladang teh BOH.Kawasan yang terletak di atas gunung sememangnya memberikan suasana yang sejuk dan nyaman.Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup sambil menikmati kehijauan tanaman teh yang sangat segar.Tidak cukup dengan itu,bahagian dalaman iaitu bahagian jualan sangat menarik perhatian.Pelbagai jenis teh dan cenderahati serta sebuah kafe yang sangat moden amat menarik perhtian saya.Pemandangan yang sungguh mengagumkan namun perjalanan ke sana tidaklah semudah yang disangkakan.Jalan yang curam dan berliku-liku amat mengerikan namun perasaan ngeri itu terubat apabila melihat keindahannya.
Setelah usai solat fardhu maghrib di hotel ,kami pergi ke pasar malam Brinchang.Di sini merupakan tempat kami membeli-belah kerana harga yang ditawarkan amat berpatutan.Setelah penat berjalan,kami pun pulang ke hotel.
Pada keesokan harinya,kami berkunjung ke destinasi terakhir iaitu Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands.Ini merupakan kawasan di mana pelbagai tanaman seperti sayur-sayuran,buah-buahan dan bunga-bungaan ditanam dan dijaga dengan amat teliti.Kawasan yang luas dan tanaman yang subur sangat menarik golongan masyarakat yang menggemari bidang pertanian.Selain itu,terdapat juga beberapa peniaga yang menjual barangan yang berasaskan alam semula jadi.
Setelah selesai,kami bertolak pulang pada jam 1 tengah hari dan begitu lah percutian saya ke Tanah Tinggi Cameron selama 2 hari 1 malam.Sedih terasa apabila ingin meninggalkan tempat yang sebegitu indah dan kaya dengan flora dan fauna.
Saya sebagai penulis ingin melahirkan rasa bangga terhadap keindahan yang dimiliki negara Malaysia.Saya berharap agar keindahan ini dapat dikekalkan agar ia dapat dinikmati oleh generasi akan datang dan menjadi salah satu punca peningkatan ekonomi Malaysia dalam industri pelancongan.






Wah! Manis sekali pengalaman percutian anda ke Cameron Highlands. Tahniah dan syabas atas perkongsian yang menarik ini.π€©
ReplyDeletewahh terujanya saya membaca blog anda! Saya harap saya dapat ke Cameron Highlands suatu hari nanti.
ReplyDeletewah ! sungguh menarik sekali perkongsian saudari Marsya ini , perkongsian saudari Marsya ini membuatkan saya tertarik untuk ke sana dan merasainya sendiri .
ReplyDeleteAmboi saudari seronok betul ya saudari bercuti di Cameron Highland. Saya juga pernah ke sana, udaranya nyaman! Memang sesuai dijadikan tempat perlancongan dan kita sebagai rakyat malaysia perlulah memelihara tempat ini agar generasi akan datang dapat merasai suhu seakan-akan di negara yang mempunyai 4 musim.
ReplyDeleteBlog yang dihasilkan oleh Marsya sangat cantik dan kemas kerana warna yang dipilih mengikut warna yang sesuai dengan tajuk dan gambar-gambar yang diambil.
ReplyDeleteMenarik sungguh gambar yang disertakan saudari Marsya. Saya juga teringin menjejakkan kaki ke sana. Walau bagaimanapun, blog yag dihasilkan saudari Marsya ini cantik dan kemas. Terima kasih atas perkongsian saudari!
ReplyDeleteSungguh teruja saya membaca blog saudari ini.Saya juga ingin merasai pengalaman memetik strawberi dengan tangan saya sendiri.Saya juga terdengar bahawa suasana di Cameron Highlands sangat dingin.Tidak sabar saya ingin membawa keluarga saya bercuti di sana.Perkongsian saudari Marsya sangatlah berguna untuk pengunjung-pengunjung yang ingin ke sana.
ReplyDeleteBlog ini sangat menarik dan jalan cerita yang kemas.Saya seperti ingin kesana sekaran jua untuk merasai penalam seperti saudari Marsya ini.Terima kasih untuk perkongsian yang bermanfaat.
ReplyDeleteWah! Blog yang sangat menarik. Perkongsian anda juga sangat menarik terdapat gambar dan pemandangan yang cantik di sana. Anda membuatkan saya ingin ke sana lagi . Terima kasih atas perkongsian blog yang menarik ini :))
ReplyDeletesungguh menarik blog percutian ini . Cameron Highland sememangnya tempat percutian yang menarik minat pelancong terutamanya kerana suhunya yang sejuk . pengalaman awak berada di sana memang tiak dinafikan ianya sangat seronok . terima kasih atas perkongsian travelog awak yang bermanfaat .
ReplyDeleteWah! Blog yang sangat menarik. Perkongsian anda juga sangat menarik terdapat gambar dan pemandangan yang cantik di sana. Anda membuatkan saya ingin ke sana lagi . Terima kasih atas perkongsian blog yang menarik ini :
ReplyDeletePenulisan blog saudari Marsya amat menarik! Saya yakin ramai pelancong akan tertarik dengan tempat yang dilawati.
ReplyDeleteWah! Penulisan blog saudari memang sangat bagus. Saudari menggunakan ayat-ayat yang gramatis. Saya sangat suka penulisan saudari. Ia lain daripada yang lain!
ReplyDeletePenulisan Blog ringkas dan menyeronokkan.Gambar penulis di Cameron Highland memang nampak gembira.Blog ini boleh dijadikan panduan untuk melancong ke Cameron Highland.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBlog yang sangat menarik. Gaya penulisan blog juga mudah dan gramatis. Gambar yang ditunjukkan juga cantik dan kemas. Pengalaman bercuti anda sangat menarik. Teruja saya membacanya. Semoga anda menjadi penulis blog yang berjaya suatu hari nanti.ππ
ReplyDeleteMenarik sungguh blog saudari , teruja saya membacanya.Tentu seronok sekali dapat bercuti di sana . Gaya penulisan yang mudah difahami . Terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ini.
ReplyDeletePenulisan yang sangat ringkas dan mudah untuk dibaca. Saya berasa amat teruja membaca blog saudari!
ReplyDeletePerkongsian saudari sangat menarik dan menghiburkan. Tidak lupa juga ayat-ayat saudari yang tersusun dan gramatis.
ReplyDeleteBlog ini sangat ringkas dan mudah untuk difahami! Saudari telah berjaya menghasilkan blog yang cemerlang!
ReplyDeleteTanah Tinggi Cameron. Tempat yang paling saya ingin melawat di Malaysia, terkenal dengan buah strawberinya. Penulisan blog saudari amatlah memberi inspirasi kepada saya.
ReplyDeleteWah, sungguh menarik sekali percutian kamu kali ini! Saya berharap dapat ke sana suatu hari nanti.
ReplyDeleteCantiknya bunga di dalam gambar itu seperti empunya blog inilah. Teknik penulisan yang gramatis dan kreatif tidak dapat dinafikan. Saya berasa seronok ketika membaca blog awak. Saya harap saya dapat pergi ke sana dan bergambar dengan bunga-bunga itu. Syabas dan tahniah diucapkan.
ReplyDeleteSyabas saudari Marsya atas penulisan yang sungguh gramatis dan menarik ini.Saya amat teruja membaca kerana banyak gambr yang dilampirkan membuatkan saya ingin ke sana lagi.
ReplyDeleteBegitu cantik sekali gambar-gambar yang ditunjukkan oleh saudari. Saya juga amat tertarik dengan penulisan saudari. Teruskan usaha penulisan yang bagus ini :)
ReplyDeleteCantiknya bunga di dalam gambar itu seperti empunya blog inilah. Teknik penulisan yang gramatis dan kreatif tidak dapat dinafikan. Saya berasa seronok ketika membaca blog awak. Saya harap saya dapat pergi ke sana dan bergambar dengan bunga-bunga itu. Syabas dan tahniah diucapkan.
ReplyDeleteWah! Menarik sungguh perkongsian daripada saudri Marsya dengan maklumat yang teperinci serta gambar yang menarik.
ReplyDeleteWah! Sangat menarik perkongsian maklumat yang ada diblog anda. Saya berharap agar saya dapat ke tanah tinggi cameron suatu hari nanti
ReplyDeleteWah! Sangat menarik tempat-tempat yang kamu pergi disana. Walaupun saya telah pergi kesana tetapi saya tetap mahu pergi kesana sekali lagi.
ReplyDeleteAmboi!cantik sungguh empunya blog ini seperti pemandangan di sana.Apabila saya melihat gambar-gambar perkongsian di blog anda, saya berasa seperti saya berada di sana!Syabas!
ReplyDeleteWahhh! Menarik sekali perkongsian blog yang kamu sampaikan ini. Mantapπ
ReplyDeleteMemang begitu menarik blog yang saudari telah berjaya hasilkan kerana isinya yang cukup serta berjaya menambat hati para pembaca
ReplyDeleteWahh!tahniah.blog anda berjaya menarik hati para pembaca. Bahasa yang digunakan mudah difahami. Semoga maju jaya dan teruskan usaha anda untuk menjadi blogger berjaya
ReplyDeleteSaya sangat teruja membaca blog ini serta melihat gambar-gambar yang terdapat di dalam blog saudari Marsya ini. Saya berharap agar saya juga dapat pergi ke Cameron Highlands dan menikmatiudara yang segar dan nyaman disana bersama keluarga tersayang.π
ReplyDeleteSudah hampir 3 tahun saya tidak menjejakkan kaki saya ke Tanah Tinggi Cameron. Saya dapat merasakan perbezaan yang banyak dari tahun-tahun yang lepas. Apapun saya suka akan perkongsian blog anda.
ReplyDeleteSyabas saudari Marsya atas penulisan yang sungguh gramatis dan menarik ini.Saya amat teruja membaca kerana banyak gambr yang dilampirkan membuatkan saya ingin ke sana lagi.
ReplyDelete